Thursday, June 16, 2011

Memberilah keranaNya

What you give u get back

This is my humble point of view.. based on my own experienced..

Nafastari was a very wise man..

Dia takkan pernah lupa memberi pada ibu bapa nya setiap bulan, dia juga memberi kepada ibu saya, dia juga tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya pada saya dan anak-anak. Segala makan dan pakaian saya cukup terjaga, alhamdulillah..

Walaupun usianya masih muda, hanya sempat bekerja selama 5 tahun, Alhamdulillah, rezekinya murah..

dan dia tinggalkan kami dengan cukup makan, pakaian, tempat berlindung dan simpanan.

Apa yang saya perhatikan dan saya dapat belajar daripadanya,

Bila kita memberi, lebih banyak yang kita akan terima.. dengan syarat kita memberi itu ikhlas kerana Allah swt.

Beri apa?

tak kisah la beri apa2 pun.. harta ke, ilmu ke,kasih sayang ke.. apa sahaja yang ada pada kita.

tapi yang saya nak ceritakan di sini lebih kepada harta..

Setiap harta yang kita belanjakan haruslah ke jalan yang elok

Rasulullah telah memberikan kedudukan istimewa kepada nafkah untuk keluarga.

Sabdanya : Maksudnya : “Satu dinar yang kamu belanjakan pada jalan Allah, satu

dinar kamu belanjakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu

sedekahkan untuk orang miskin dan satu dinar kamu belanjakan untuk keluargamu.”

دينار واحد الذي تنفقه في سبيل الله، كنت تنفق دينار لتحرير الرقيق ، ودينار من مؤسستك الخيرية للفقراء والعائلة لقضاء دينار الخاص

Contoh, sekiranya gaji kita rm2000... tapi kena tanggung anak bini, barangan rumah, loan kereta... banyak lah expensesnya... TAPI.. jangan lupa hadiahkan sedikit gaji anda itu pada IBU BAPA anda setiap bulan. Jika ada lebih, apa salahnya membantu ahli keluarga yang susah juga.

Ya, mula2 dia bekerja, gajinya cuma RM2K+... Tapi dia tidak pernah lokek berbelanja buat keluarganya..

Tak sempat bagi dalam bentuk wang pun, buatlah makanan atau beli barangan rumah untuk ibubapa anda..

Jangan sesekali mengadu TAK CUKUP duit, kerana keberkatan duit itu adalah apabila kita menggunakannya ke arah yang betul.

Percayalah, kalau gaji anda Rm 10 000 sekali pun, anda akan merasa tidak pernah cukup duit. kerana bertambahnya keinginan terhadap barangan yang lebih mahal. Apabila barangan mahal, bertambah pula kos bulanan yang harus ditanggung. Akibatnya, anda bekerja untuk menanggung kos yang anda sendiri ciptakan!



sabda Rasulullah: “Seseorang di akhirat nanti pasti akan ditanya

empat perkara: usianya untuk apa dihabiskan, jasmaninya untuk apa

dipergunakan, hartanya dari mana didapatkan dan untuk apa

dipergunakan dan umurnya untuk apa dipergunakan.”

(Riwayat al-Darimi)




10 comments:

  1. yerr betul tu..saya pernah merasa di mana bekerja gaji hanya RM800 lebih gitu duit itulah yg dibahagikan tuk bg mak setiap bln kt kg,bayo utang n makan minum segala..anehnya ia tetap berbaki bila hujung bulan..betulla sebenarnya rezeki yg kite dapat tu telah mencukupi cuma biasalah bila keperluan melebihi kemampuan tu yg setiap bulan merungut duit tak cukup kan..

    ReplyDelete
  2. Masih teringat pesanan ustaz di rancangan tanyalah ustaz tv9. Lebih kurang maksudnya begini " ada 3 perkara yang perlu kita doakan setiap hari iaitu keampunan bagi suami dan diri sendiri, kelapangan rumah tangga serta rezeki yang berkat "

    Doa seorang isteri tidak akan termakbul tanpa dia berdoa untuk suaminya....maka berdoalah untuk dia juga walau dia telah tiada....

    ReplyDelete
  3. cik puan nurul, kan, kan, kan! :)

    misabammas, manakan saya lupa doakan untuk dia.. harap sampai hujung nyawa saya tetap doakannya.. inshaAllah

    ReplyDelete
  4. mawar...baru arini baca blog mawar... salam perkenalan...
    sedih, sayu semua ada... tabahnya mawar bersama embun & kekwa tanpa nafastari...
    yakinlah mawar Allah uji hamba Nya mengikut kemampuan hamba Nya...
    pasti mawar mampu...
    sy doakan mawar & nafastari berjumpa kelak disana... Amin

    ReplyDelete
  5. Salam Mawar,
    Ya, akak setuju, lagi banyak memberi, lagi banyak yg diterima, rezeki bukan semua milik kita, ada bahagian org lain di dalamnya.....moga anda & anak2, kuat dan tabah selalu...Allah bersamamu....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. agree with you mawar.. memberilah walaupun sedikit..
    jaga anak2 baik2..dan diri mawar juga..
    assalamualaikum..

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn entri ini.
    Berikanlah sesuatu kepada orang lain mengikut kadar kemampuan diri sendiri.

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023