Monday, June 6, 2011

Lagu untuk Embun dan Kekwa


PUTERIKU SAYANG

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


5 comments:

  1. amiin... moga ianya menjadi doa

    ReplyDelete
  2. puteriku sayang...
    moga embun dan kekwa akan faham bait2 lagu ini..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. amiiin...smg embun n kekwa menjadi ank yg solehah n dapat membahagiakan umminya...serta membahagiakan ayahnya di sana..

    ReplyDelete
  4. semoga embun dan kekwa menjadi puteri yang solehah.
    Kak Mawar, semoga tabah. Insya Allah 'pemuda syurgamu' menunggu kehadiran mawarnya berserta puteri2nya di jannah.
    Semoga akak terus kuat demi puteri2 comel embun dan kekwa. Akak sekuat mak mertua saya, abah kpd suami saya pergi menghadap Allah sehari selepas mak mertua saya melahirkan adik bongsu suami saya. Tahun 1988. Sehingga kini, emaklah wanita paling tabah pernah saya jumpa,dia besarkan anak2 dia dengan baik sekali.alhamdulillah.
    saya tahu akak boleh. Mawar yg saya kenal ini akan mendidik puteri2 nafastarinya dengan baik.insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Takziah dari sy..baru je jumpa blog ni..moga Mawar tabah dalam menghadapi hari2 mendatang.

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023