Saturday, June 4, 2011

Gugurnya kelopak Mawar

Sudah 3 bulan dia pergi meninggalkan kami... hati ini, fikiran ini tidak henti2 memikirkan dia.. masih ralat mulut ini memanggilnya atau menggelarnya 'arwah'... panggilan itu sungguh berat untuk aku menyebutnya.. biarlah aku terus memanggilnya encik suami.. kerana bagiku dia tetap encik suamiku..

Hari berlalu dengan pantas, segala urusan sudah dalam proses..alhamdulillah, checklist done! :).. sekarang tinggal untuk aku melangkah ke depan demi Embun dan Kekwa.. buat masa sekarang aku mahu habiskan belajar memandu SAMPAI LULUS.. dan lepas tu baru memikirkan soal kerja. Tak mengapalah, pelan-pelan.. satu per satu... inshaAllah.

Kenangan yang ditinggalkannya terlalu banyak yang indah2, apa lagi yang harus aku kesalkan? terima kasih Allah.. dengan kenangan itu aku pegang dan teruskan hidup ini. Namun, ianya tidak mudah.. apa yang biasa dahulunya, kini aku terpaksa membiasakan diri tanpanya...

Aku masih ingat dia pernah mencari sweater kegemarannya tetapi tidak jumpa.Sebulan selepas pemergiannya,aku ke Islamabad menguruskan perpindahan barangan peribadi dan rumah kami ke Malaysia semula..Sedang aku mengemas baju2nya, aku terjumpa sweater yang dicarinya.. lantas dengan spontan aku berkata, "ha,ni dia baju yang awak cari!"..

aku terdiam selepas aku berkata demikian.. air mata mulai gugur selepas itu,aku bercakap seorang rupanya.. sudah menjadi kebiasaan aku membebel2 dengan dia kerana dia suka meletak barang merata-rata.

dan kadangkala, sewaktu aku sedang memasak atau membuat air, terngiang-ngiang di telingaku seperti dia berkata2, "cik nurrrrrrrr, u masak apa tu??...."...

dan bila saat aku menonton televisyen, kadangkala ada topik2 yang aku mahu bualkan,hampir saja aku mengeluarkan kata2 , "tengok tu ahmad...seronokkan, nanti kita pergi situ ya".terus saja hati ini berasa sayu, kerana dialah tempat aku berkongsi segala-galanya..

oh, sukarnya.. kerana dia di mana-mana!

14 comments:

  1. sma mcm EE x betah panggil abah arwah...

    ReplyDelete
  2. dia x ke mana2...dia memang sentiasa ada bersama mawar n anak2.cuma kita x boleh lihat dia...

    ReplyDelete
  3. kerana dia dihati, ke mana-mana pun dia tetap bersama..
    moga mawar terus tabah dan kuat! insyaAllah

    ReplyDelete
  4. kuatlah mawar walaupun sukar.... memang sukar... hanya yang merasai sahaja tahu perasaannya....

    ReplyDelete
  5. nur,samalah dgn saya nur...arini genap 53hari arwah meninggalkn saya,tp,berat mulut ini memanggil gelaran arwah...krn bg sy dia ttp bersama saya...kdg lps solat sy,still mendoakan murahkan rezeki kami & kurniakan zuriat kpd kami..sdgkn xmungkin sy dikurniakan zuriat dgn dia....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.....
    salam ziarah buat mawar...
    sabar atas ujiaNYA...insya Allah syurga adalah ganjaran buatmu.....

    ReplyDelete
  7. Moga masa akan mengubat semua itu. InsyaAllah. Ketabahan itu ada ganjarannya. Teruskan...be strong. Jangan jadikan kenangan sebagai pengundang kesedihan..sebaliknya, tersenyumlah..krn kita pernah diberi nikmat yg sebegitu.

    Masukkan ia dalam lipatan sejarah penghidupan. Simpan baik2 dalam peti pengalaman hidup kita.

    Hidup ini hanya satu persinggahan, mencari bekal untuk ke sana. Jdikan setiap ujian itu sebagai penambah bekal kita ...dengan bersabar. Tabah. Gagah harungi semua ini. Teruskan melangkah...semoga Allah berikan ketabahan dan kesabaran itu buat Mawar.

    ReplyDelete
  8. hai mawar.. pernah tinggal kan satu message dulu tapi rasanya mawar tak jawab kot. saya pon baru dlm dunia blogging..i alwiz be ur blog follower. take care for nadaa n marwa..

    ReplyDelete
  9. syedih baca nie.... :-( semoga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi, ameen...

    ReplyDelete
  10. sebak membaca kisah anda sama seperti sebaknya saya menonton filem nurkasih..mati itu pasti hidup insyaallah..semoga kalian tabah menghadapi liku2 yg mendatang..salam sayang peluk ketat2 untuk Nadaa dan Marwaa..suke sangat dengan nama cik embun ni.

    ReplyDelete
  11. opss baru sy teringat ya ampun rupanya berita yg pernah saya baca 3 bln lalu ttg kemalangan kuda di tganu tu membabitkan arwah rupanyaa..masa tu rasa sgt pelik dan marah juga macam mana kuda boleh dibiar lepas atas jln raya tak sangka akhirnya menemukan saya dengan blog mawar..kecilnya dunia

    ReplyDelete
  12. EE, kan? rasa ralat nk sebut.. huhu

    ibu_honey, harap2 macam tu la.. :)

    zakiyah, terima kasih atas doa kamu yang tak henti2 buat saya.. :)

    normutlib, inshaAllah

    yusz, sama2 lah kita berdoa untuknya tanpa rasa jemu

    mama hanan, amin.. :)

    lupakanje, terima kasih untuk ingatan itu

    anie mansor, maafla, kadang nak balas, tapi tak teringat, kadang juga tak terbalas,apa pun terima kasih menyinggah.. :)

    che lin, :)

    cik puan nurul, yup, dunia mmg kecil... :)

    ReplyDelete
  13. Semoga kamu terus tabah mawar..

    ReplyDelete
  14. Salam Mawar,

    Melawat, membaca khabar. AlhamduLillah semoga Mawar dan Anak-anak sehat dan sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT, Yang Maha Kaya.

    Maka InsyaALLAH tiada apa kekurangan bagi kita yang bersandar kepadaNYA.

    MasyaALLAH, children are looking very sweet.

    Take care.

    XERONINE

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023