Sunday, June 19, 2011

Ikut ke sana,,, nanti...

saya nak ikut dia.....

Saya nak sangat2 ikut dia...
hati saya sakit, rindukan dia..
dah terlalu sarat....
tak tertanggung....


Jangan halang saya untuk berkata ini..
saya cuma manusia biasa...
ada hati..
yang kadangkala lemah..
ada akal..
yang kadangkala singkat..


Saya tidak dapat buat apa2 bila dia berlumuran darah..
saya tak dapat buat apa2 sedangkan saya pun di dalam kereta yang sama..
saya tidak nampak apa yg berlaku di depan..
saya tak tahu apa yg berlaku..


dan.. itulah dia,
MAUT tiada siapa pun tahu
tiada siapa pun yang dapat menghalangnya..
di mana, bila dan bagaimana
tiada siapa pun tahu!


Allah..
Jika mati itu baik untukku, matikanlah aku, jika hidup itu baik untukku, hidupkanlah aku...


aku akan ikut dia...
namun setelah Engkau izinkan untuk aku ketemuMu..
Semoga Engkau ampuni segala dosa2 kami...
Semoga kami dapat bertemuMu Ya Khaliq





14 comments:

  1. apa yg berlaku pd mawar sebenarnya satu pengajaran yg cukup bermakna buat saya..maut tak mengenal waktu dan ketika kan semoga kita semua bersedia menghadapinya..tetapi kehilangan org yg paling kita syg dikala kita sgt perlukannya memang menyakitkan semoga mawar tabah yea..
    **psst oh tak boleh yea hurm mcm mana nk ajar ye huhu cara ialah memula create satu blog baru yg kita gunakannya sekadar utk try template ke or buat apa2 la..so kalau nk try apa2 ke nk makeover boleh try kat blog sementra tu kalo ok bolehla try plak kat blog kita.

    ReplyDelete
  2. semoga diberikan lebih ketabahan... amiin..

    orang yg selalu diuji Allah, tanda orag itu lebih dekat kepada Allah..

    ReplyDelete
  3. Al-Rad
    (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (28)

    Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. (29)

    Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". (39)

    ReplyDelete
  4. semoga terus tabah. insyaallah bole.

    ReplyDelete
  5. Allah masih memberi hayat kepada anda (dan kita semua). Mungkin kerana amal anda belum cukup untuk bekalan di sana. Mungkin juga kerana zuriat anda masih perlukan sekurang2nya ibunya disisi mereka.

    Allah sudah menjemput suami anda sedang kita semua tahu dia seorang yang baik dan dia pergi dalam keadaan yang cukup baik. Husnul khatimah. Tiada yang lebih baik untuk kita selain husnul khatimah.

    Kematian adalah janji Allah untuk semua makhlukNya yang bernyawa. Tugas kita hanya menunaikan amanahNya sambil meneruskan usaha untuk kelangsungan hidup.

    ReplyDelete
  6. sabar itu indah mawar.... :)

    ReplyDelete
  7. ya allah berikanlah kekuatan dan ketabahan untuk sahabatku ini.....amin...

    ReplyDelete
  8. baya saya sedih baca n3 baya..tabah dan sabar menghadapi dugaan ini yer.

    ReplyDelete
  9. bersabarlah, kuatkan semangat....demi anak2....Allah bersamamu, InsyaAllah....

    ReplyDelete
  10. salaam,
    cuma satu saja yang boleh saya kata iaitu tanggungjawabnya di dunia telah selesai oleh itu Allah memanggilnya pulang untuk bertemu denganNya. sedangkan kita masih di sini kerana masih ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.. percayalah itu..semoga terus tabah..tak salah merindui tak salah mengingati...

    ReplyDelete
  11. semoga tabah ukhti yang dipilih Allah mnerima ujian yg sukar..

    sy bujang, tidak pasti dapat setabah ukhti dalam menghadapi ujianNya.

    Allah telah tahu segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya. PengetahuanNya melangkaui semua alam..alam roh, alam dunia, alam barzakh, alam akhirat... Subhanallah...

    semoga dengan didikan ukhti dapat menjadi pertolongan untuk arwah di alam sana... saham anak yang soleh-solehah. insya Allah.

    Allah sentiasa dekat denganmu.. mendengar, menjaga hatimu...

    kita semua akan menyusuli..

    terima kasih utk segala-gala yang ukthi ajarkan...jzkk.

    ReplyDelete
  12. kak..saya ada baca berita kemalangan ni dalam suratkhabar.ingat lagi time tu saya pun menangis padahal saya tak kenal pun sape kakak n suami.mungkin sebab arwah balik terengganu nak buat suprise kat family..tu yang jadi terus hiba.tabah ye kak..btw,sy pun org setiu jugak.tak sangka jumpa blog kak kat sini.

    ReplyDelete
  13. kak..saya ada baca berita kemalangan ni dalam suratkhabar.ingat lagi time tu saya pun menangis padahal saya tak kenal pun sape kakak n suami.mungkin sebab arwah balik terengganu nak buat suprise kat family..tu yang jadi terus hiba.tabah ye kak..btw,sy pun org setiu jugak.tak sangka jumpa blog kak kat sini.

    ReplyDelete
  14. ermmm takpela kak

    manusia

    ade lemahnya

    tp kene ingat

    anak2 akk

    sbb tu Allah tak tarik nyawa akak skali

    sbb ade hikmahnye

    #saya pon penah accdent n hampir mati. Allah nk bg peluang sy hdup lg untuk mencari sesuatu y xckop dlm diri ni

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023