Mimpi

Semalam aku mimpi dia lagi.. alhamdulillah, Tuhan ketemukan aku dengan dia di dalam mimpi.. hampir setiap hari aku akan mimpi dia... kadang2 dia datang peluk, kadang dia datang pegang tangan dan kami jalan sama2.. kadang2 juga aku tak ingat aku mimpi apa smp sakit kepala sebab nak cuba nak ingat. huhu

Tapi mimpi semalam sedikit sedih, atau mungkin aku boleh kata, ianya betul2 membawa diri aku menjadi sangat sedih...

Aku mimpi dia merajuk dengan aku..
Dia tak mahu cakap telefon pun dengan aku..
Aku rasa sakit bila dia tak mahu bercakap dengan aku..

Bila aku tanya, Kenapa?
Dia kata, "kenapa Nur duduk dengan parents Nur? kenapa tak duduk dengan saya, saya kan suami Nur?"

Hati saya memang nak sangat duduk dengan dia..
tapi kenapa ntah dalam mimpi tu aku duduk dengan parents aku..
Lepas tu aku ajak papa aku hantar ke tempat dia..
Dan kami baik seperti biasa..

Mimpi cuma mainan tidur, aku tahu..
Tapi bagi orang yang macam aku, mimpi cukup bermakna, kerana dia hadir dalam aku..

Bila dalam mimpi pun aku boleh merasa 'sakit' bila mana tidak dengar suaranya..
Inikan pula dunia realiti.. aku tidak lagi boleh mendengar suaranya..
Allahu Akhbar, berilah aku kesabaran yang berpanjangan...

Comments

  1. salam nur...moga nur sabar n Allah sentiasa memberikan kesabaran buat nur..ank2 masih perlukan nur...moga nur tabah ya...tidak dapat sya gambarkan jika sya di tempat nur...allahhuakbar...

    ReplyDelete
  2. salam mawar..
    sy baru mengenali mawar melalui blog ini..
    tiada kata yg dpt sy nukilkan utk mawar..melainkan mendoakan mawar sentiasa sabar dan tabah atas dugaan ini..terlalu berat utk mawar galas..tp sy percaya.."LA UKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA US'AHA"..
    pelukcium utk embun&kekwa!!

    ReplyDelete
  3. semoga Mawar bertemu dengan Nafastari kelak di syurga nan abadi..sabar yeaa..mimpi tu sebab terlalu rindu barangkali cuba sebok2 kan diri supaya tak terlalu sgt memikirkanya kan..tabah yea

    ReplyDelete
  4. Kadangkala kalo terlalu rindu pun bleh terbawa ke alam mimpi jugak.

    ReplyDelete
  5. Sekadar berkongsi,

    Mawar masih dalam edah kan? Saya pernah terbaca bahawa bila seorang isteri kematian suami, tidak digalakkan meninggalkan rumah yang telah disediakan oleh suami itu sehingga habis edahnya. Rasanya kamu berdua ada rumah sendirikan? Mana tahu nafastari mahukan kamu berada di mahligai yang ditinggalkannya.....

    Dari hahmat73.blogspot.com ada satu artikel yang bai saya sangat menarik ; Ini sebahagian artikel itu.

    "Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan lebih baik, tetapi mestilah dengan bersabar dan redha dengan segala ketentuanNya."

    Sila baca seterusnya di sini http://hahmat73.blogspot.com/2011/06/pengganti-yang-lebih-baik.html

    ReplyDelete
  6. yang terpilih, yang tertulis..

    rumah sy bersama suami di islamabad, mana mungkin sy duduk di situ lagi

    rumah kami di kajang, agak sukar utk saya duduk atas sebab keselamatan dan pengangkutan..

    Allah knows best

    ReplyDelete
  7. mawar..
    sy juga baru kehilangan org yg disyg..
    sy phm perasaan mawar..
    kita akan sentiasa hidup bersama kenangan dia.
    kekuatan mawar adalah zuriat dr benih cinta mawar pd dia insyaAllah..dia tergolong di dlm org2 yg beriman..
    sbb dia org yg baik..
    sy junior arwah..aikolian..grad 07..

    ReplyDelete
  8. Ate tahu mawar cukup kuat..apa jua yang mawar paparkan di blog ini sekadar suatu luahan rasa yang menghimpit dada..rasa sedih, rasa rindu dan pelbagai rasa yang hanya Allah Maha Mengetahui. Moga masa kan mengubati segala rasa-rasa itu.

    ReplyDelete
  9. Setiap entry kamu buat Akak sebak..sungguh Akak kagum dgn ketabahan mu dik..Akak xtau if am in ur shoes..hubby pi course for 10 days pun Akak rase unbearable and sunyi..inikan mawar yg menunggu utk disatukan di jannah kelak..teruskanlah mengingati dia dlm setiap nafas mu mawar...moga cinta kamu akn terus mekar walau terpisah dek tanah..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. ternyata doa kamu utk berjumpanya dalam mimpi tercapai.. em..

    ReplyDelete
  11. Sabar ya Nur.

    Mata yang melihat, mata yang membaca manakan sama dengan bahu yang memikulnya..

    Nur kena kuat demi Nadaa dan Marwa.

    ReplyDelete
  12. sabar ye kakak...moga terus diberi kekuatan utk meneruskan hidup bersama anak2...

    ReplyDelete
  13. sabarlah mawar.. kekuatanmu itu diperlukan oleh anak-anakmu..

    ReplyDelete
  14. Sabar Mawar...
    Kuatkan hati untuk anak²
    Blog mawar byk bg inspirasi pd sy untuk m'hargai suami.
    sy bru b'nikah minggu lps..
    Dan sy akan sentiasa m'doakan kesejahteraan suami sy sepanjang masa.
    Harap Mawar terus tabah yer.
    Nafastari mungkin sentiasa memerhatikan keluarganya dr sana.

    ReplyDelete
  15. salam sayang utk kak mawar dan anak2.. semoga akak kuat, dan kami sentiasa menyokong akak..sy baru terjumpa blog ini... setiap apa yg akak tulis, sy faham itu satu luahan dari hati akak.. sy sentiasa nantikan entry2 dr akak..salam ukhwah! suamimu menanti di jannah akak..

    ReplyDelete
  16. salam kak nur..harini baru sya terbaca blog akk.sya cuba letakkan diri sya di tempat akk.tp sya xsekuat akk.setiap kata yg terluah di blog ini amat meruntun jiwa..air mata yang mengalir xhenti2 sampaikan kwn sepejabat bertanya kenapa?..hope akk lebih tabah dlm mgharungi hari2 mendatang bersama anak2..

    ReplyDelete
  17. mimpi kehadiran dia buat akk kuat

    itu xsalah

    pedulikan org nk kate

    sayang akk pade arwah melebhi sglnye.

    lg2 ade anak kan

    sumber kekuatan tu kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

32 weeks 3 days