Cerita "utan"!

Embun gemar menonton movie hindustan.. setiap malam sebelum tidur, dia pasti duduk bersama tok mama dia di sofa dan menonton cerita hindustan.. kalau tak dapat tgk, mesti dia merengek2, "nak utan, utan!!".. dan bila saja tayangan cerita hindustan tu, pasti Embun riang dan teruja sekali.

Hm, teringat kampung halaman la tu! haha.. Embun, Embun.. pasti dia rindukan suasana seperti itu.. pasti dia rindukan bahasa urdu yang seakan2 serupa dengan bahasa hindi. Pasti dia merindui orang yang berhidung mancung.. hahaha.. Embun, tapi ummi dan ayah dulu pernah sepakat tak mahu kahwinkan kamu dengan orang sana! hehehehe...

Hah, tengoklah anak dara saya Embun ni, terpengaruh citer utan dia lah tu sampai pakai bunga segala! hehehe

Tadi aku terlayan citer utan, Embun punya pasal lah ni. Tetiba tengok nangis lak.. aisy.. kisahnya si suami meninggal accident masa dalam perjalanan pulang nak sambut birthday anak dia yang ke 4 tahun. Lakonan Rani Mukerjee dan Salman Khan.. hoho

Pilu, sebak, sedih semua ada lah...

Ada babak2 yang seakan2 serupa dengan aku buat sebenarnya...macam cakap sorang2, peluk baju kemeja suami dia.. isk.. isk.. sedihnya...

Tapi skang aku rasa kalau aku buat macam tu macam orang gila je.. Apa yang aku rasa, aku mengadu direct dengan Allah je.. sbb Dia lagi tahu apa yang aku tak tahu.. kan?.. :)

Ada satu scene tu , dia berpuasa sebab nak dapatkan suami selama 7 kelahiran. (itu kepercayaan mereka) Bila suami dia dah meninggal pun dia puasa jugak sebab dia kata dia nak suami tu selama 7 kelahiran.. sedihnya, begitulah setianya seorang isteri pada suaminya.. memang menyentuh perasaan aku, lagi2 tengok si Salman Khan tu duk main2 dengan anak dia.. sebijik macam nafastari main2 dengan Embun.. alahai...meleleh......... sob sob sob....

Hm, Embun punya pasal la ni, suruh ummi tengok citer utan sangat.. tak pasal2 ummi sedih... ;p

E eh... embun pula kena... hihihi.........

Comments

  1. Comelnya embun berbunga di kepala.....

    ReplyDelete
  2. gadis dan bunga..besarnya bungaa diaa
    **psst dah try tutorial yg sy bagi tu?

    ReplyDelete
  3. huhu.. cik puan nurul.. tak dapat la..huhu.. byk kali cuba.. pastu tak jmp la post header tu.. pelik betul

    ReplyDelete
  4. Apa khabar embun Dan kekwa,?teringin jugak tahu perkembangan mereka.embun nampak ayu sekali!

    ReplyDelete
  5. akak nie tabah sgt..! Doa ikhlas sy pd akak;-Moga Allah permudahkan urusan akak & anak2 yer..ur little gal, embun remind me to my own gal, dia pon suka tgk 'utan' especially bile time mlompat2 tu..

    ReplyDelete
  6. salam mawar...sebenarnye saya terjumpa blog awk secara x sengaja...bila saya baca blog awk..sungguh sya rasa terharu n sekaligus meleleh air mata...sya pun spt awk..bergantung sepenuhnya kps suami....kalau dia xde saya x tau laaa..moga awk tabah ye...

    ReplyDelete
  7. Tomeynya Nadaa...
    Besar nanti, blehlah pegi melawat Pakistan. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

32 weeks 3 days