Monday, June 13, 2011

Sang isteri-isteri


antara kisah sang isteri-isteri;


1. Mempunyai anak dua, sedang sarat mengandungkan anak yang ketiga, tiba2 si suami accident semasa hendak pergi kerja. Terpaksalah si isteri menanggung dan meneruskan hidup bersama anak-anaknya. Dan lebih perit, terpaksa melahirkan anak yang dikandungnya tanpa suami disisi.


2. Sudah berumah tangga, tidak dikurniakan zuriat lagi, tiba2 suami dijemput Illahi kerana sakit katanya. Terpaksalah si isteri meneruskan hidupnya tanpa suami dan tanpa dikurniakan zuriat bersama suami tercinta.

3. Hidup berumahtangga hampir sepuluh tahun, dikurniakan anak tiga, tetapi tiba2 suami diserang penyakit . Si isteri tabah berulang alik hospital untuk menjaga suami tercinta, sanggup berkorban jadi ketua keluarga buat sementara, namun sebenarnya untuk selama2nya. Si suami meninggal dunia setelah beberapa bulan di hospital. Si isteri tetap tabah membesarkan anak-
anaknya.


4. Seorang gadis yang tidak pernah mendapat kasih sayang ibu, ibunya telah lama pergi,Hidupnya penuh dengan dugaan, namun ditemukan kebahagiaan bersama suami tersayang.Tidak sampai setahun mendirikan rumah tangga, diberi berita gembira lagi kerana mengandung.. Sampai bulan ke tujuh, si suami meninggal kerana accident.


Ini semua kisah benar!




**kalau kita sedih, ada orang yang lebih sedih daripada kita.. syukur atas segala nikmat suka dan duka Allah beri. Suka pun nikmat, duka pun nikmat. Moga bila kita senang dan susah, kita sentiasa mengingatiNya. Amin.



16 comments:

  1. betul tu akak.. tabahkan hati..ALLAH sentiasa disisi kan.. smoga setiap dari kita makin tabah dalam menghadapi ujian dari ALLAH..

    ReplyDelete
  2. ohh sedihnyaa cerita2 yg diatas tu rasanya salah satu tu saya kenal kot berdasarkan cerita tu la tak taulaa kalau orang lain kann..hope semuanya diberi kekuatan dalam menghadapi liku2 kehidupan.

    ReplyDelete
  3. benar sekali mawar...... selagi Allah menguji kita harus bersyukur.....

    ReplyDelete
  4. Benar Mawar. Ramai lagi org yg lebih 'malang' dari kita. Sekurang-kurangnya semuanya pernah merasa kebahagiaan punya suami walau hanya dipinjamkan sebentar sahaja. Pernah tahu bagaimana sepi dan sedihnya perasaan wanita yang tidak pernah 'dipinjamkan suami' apatah lagi zuriat? Setiap org di uji Allah sesuai dengan keimanan mereka. Maka di kala susah mahupun senang, di kala ada mahupun tiada. Syukurilah nikmatNya dlm apa pun keadaan. Sesungguhnya dengan bersyukur menjadikan kita bahagia bukannya bahagia yang menjadikan kita bersyukur.

    ReplyDelete
  5. Salam Mawar,

    Betul tu, setiap org ada ujian cuma jalan citer saja yg berbeza. Sedih memang sedih tapi kehidupan perlu diteruskan demi orang-orang yg tersayang.

    Harini hari mereka esok lusa hari kita, tak tau semua kuasa Allah. Syukur, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA.. :-)

    ReplyDelete
  7. benar tu..jika kita rasa kita yang paling malang, ada yang lebih malang..
    membaca pengalaman nur dan melihat kisah2 yang ada disekeliling membuatkan saya menghargai apa yang saya miliki..

    ReplyDelete
  8. Hidup penuh ujian.. hadapi dengan tenang.. syurga sebagai ganjaran..

    ReplyDelete
  9. benar mawar.. semua ni telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W - umi solehah

    ReplyDelete
  10. Salam Mawar, kehilangan org yg tersayang adalah satu ujian yg terlalu payah utk ditempuhi apatah lagi harus menanggung rasa rindu sepanjang hayat pada si dia. Pun begitu, hanya keimanan dan kesabaran dapat mengatasi segala negative yg bermain di minda. Begitulah ujian Allah pada hambaNya supaya sentiasa redha dengan takdir dan pasti ada hikmah yg tersirat..InsyaAllah. Semoga segala ujian Allah lebih mendekatkan diri kita kepadaNya.

    Al-Fatihah utk insan-insan yg kita sayangi semoga damai di sana.

    ReplyDelete
  11. kisah mama saya seperti di kisah 1.. sehingga kini beliau masih bersendiri ditemani anak2 iaitu kami bertiga.. beliau tabah & tak pernah menangis di hadapan kami. saya kagum dengan mama. yang mana saya tahu saya takkan sekuat itu. harap mawar juga tabah demi anak2.. saya doakan kesejahteraan kamu semua=)
    ~nurul~

    ReplyDelete
  12. sabar ye akak.. hidup perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  13. Ya benar, Puan Mawar!
    Ada waktunya kita merasakan diri sendiri cukup malang tetapi tanpa kita ketahui, ada insan lain yang jauh lebih derita hidupnya berbanding kita.

    Justeru, bersyukurlah! :)

    ReplyDelete
  14. setiap orang ada bahagaian masing-masing. yang penting redha dan tangani dugaan dengan penuh keimanan...semoga kuat menempuh ujian...

    ReplyDelete
  15. benar..pelbagai kisah duka..
    mcm sahabat sy, baru kawin 2 bulan, dpt tau mengandung,then tetiba suami accident,koma.. anak lahir,suami dah buka mata tapi tidak dpt bercakap atau buat apa2,terlantar jek.. usia anak 2bulan,suami pergi meninggalkn mereka.. anak sekarang dh usia 3thn..

    ReplyDelete
  16. akak sayang...

    ade satu hadis qudsi

    "seorang hamba itu, andai dia inginkan Aku, maka Aku akan mematikannya. andai dia sayangkan Aku, Aku akan mengujinya..andai dia lari dariKu, Aku akan membakarnya"

    wallahualam

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023