Friday, July 15, 2011

Update from Kajang Utama

Saya sekarang dekat RUMAHKU, SYURGAKU... :)
Alhamdulillah, rumah ni dah complete... tadi orang datang pasang grill dan buat railing untuk langsir.. skang cuma tinggal nak cari langsir pula la...

Saya tak tahu macam mana nak luah, tapi... saya amat mahu bercakap dengan suami saya....

Hati saya merintih untuk berkata ;

(Ahmad, nur dah settlekan semua hal rumah kita...syukur, rumah kita ni insuran cover..skg insuran masih dalam proses..nanti bila nur dah pandai drive, nur akan selalu datang jenguk umah kita ni...bila anak2 dah besar skit, mgkin nur nak pindah duduk sini. nur dah design rumah kita, rak buku kesayangan awak pun nur dah kemas elok2...baju2 awak... ada yang saya simpan, ada yang saya dah bagi2 dekat orang... saya simpan yang mana bykkk bagi kenangan dekat saya je..macam kain sampin masa kita kahwin tu, saya nak simpan, kot2 Embun dan Kekwa nak kahwin nanti, boleh la diorg bagi kat suami diorang pulak. :)

Ahmad, saya harap awak baik2 aja... semoga Allah ampunkan dosa2 awak... semoga awak selamat di sana.. takpela kalau sekarang awak tak dapat nak sama-sama dengan kami kat kajang ni,semoga nanti kita jumpa di akhirat sana.. semoga nanti awak boleh jumpa saya, Embun dan Kekwa semula.. semoga nanti... kita duduk kat sana , tempat yang kekal abadi, sebagai sebuah keluarga yang bahagia macam dulu... semoga Allah jaga kami di dunia ni, semoga Allah jaga kamu di sana juga.. supaya nanti kita akan bersama... dan saya nak awak tahu, saya terlalu rindukan awak.. saya harap Tuhan sampaikan rindu saya ini pada awak, walaupun saya tak tahu macam mana caranya.. tapi saya yakin, Kuasa Allah itu melebihi segalanya.. Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat , apa yang ghaib....moga Allah jaga hubungan kita sampai akhirat nanti...saya amat sayangkan awak, sampai bila pun , awak tetap di hati saya.. inshaAllah....amin....  )

20 comments:

  1. sebak bila baca...tabahkan hati...insyaAllah dia ada dlm hati awk selamanya..embun dan kekwa amanah dia untuk awk..pandang kekwa dan embun..dia di dalam hati mereka...

    ReplyDelete
  2. mawar kebetulan ke apa ni..saya juga tinggal di kawasan sekitar kajang utama..adakah kite berjiran?hihi sy juga tinggal di apartment..rasanya satu2nya apartment di sekitar ini yg ada lif rasanya la heheh

    ReplyDelete
  3. kak mawar...terharu sangat...saya baru je mengikuti kisah akak...saya terus bukak fb kawan saya yg skrang tgh posting kat islamabad....dia kawan arwah...saya bukak balik youtube yang memaparkan berita kemalangan malam tu...semoga kak mawar...embun dan kekwa....tabah menghadapi ujian ini...insyaallah arwah sentiasa dihati akak selamanya...

    ReplyDelete
  4. Nur...dh dkt umah kt ni..sy d sg chua...ape2 pon..smoge Nur kuat demi anak2 Nur ya!!!

    ReplyDelete
  5. Semoga kamu anak beranak baik-baik saja. =)

    ReplyDelete
  6. salam..semoga mawar tabah mengharungi masa hadapan.. boleh sesiapa bg saya link youtube berkaitan kemalangan arwah..kamu sgt kuat, mawar. sy kagum dgn kamu.

    ReplyDelete
  7. akak baca entry ni berkali2.. terharu n kagum sgt dgn smgt mawar.. kuat ye dk..

    ReplyDelete
  8. salam kerinduan dari alam sementara kepada alam kekal abadi :-)

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan buat mawar....terharu akak baca..semoga mawar tabah dengan ujian Allah ni...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...semoga Allah sentiasa melindungi mawar dan anak2...Allah ada merancang sesuatu yang lbh baik buat mawar....Amin

    ReplyDelete
  10. Sabar ye kak. Karena kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama kesabaran. Jalan keluar datang bersama kesulitan. Dan dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan.

    ReplyDelete
  11. Salam mawar..tharu dn sebak mbaca nukilan2 mawar..akak xpndai meluahkan mcm mawar..tapi itu juga apa yg akak ingin luahkan pada abg di SANA..smga kt sama2 diberi kekuatan olehNya ye,mawar..

    ReplyDelete
  12. Sabar ye Mawar. Mgkn ia hanya mudah utk dituturkan. Namun itulah harapan saya. Ssungguhnya sabar itu manis. Dan juga moga terus diberikan kekuatan utk mengharungi cabaran mendtang,

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Wan Nadaa dan keluarga,

    Saya mendoakan agar puan sekeuarga sentiasa dalam lindungan Allah terutama ketika membaca email ini.

    Wahai puan, sesungguhnya perkara paling besar untuk kita mengerti dan faham tentang hidup ini adalah erti sebenar redha dan tabah diatas apa yang telah disuratkan oleh Allah sebagai maha pencipta. Saya membaca cerita puan melalui seorang rakan saya, saya tersentuh dan sangat ingin menulis sedikit untuk puan baca dan jadikan sedikit panduan masa hadapan.

    Puan, sesungguhnya puan dikurniakan dengan sesuatu yang tidak akan mampu dinilaikan dengan duit dan kewangan, memori tentang arwah nafastari itulah yang akan menjadikan puan tabah dan sabar sepanjang hidup puan. Tidak seperti orang lain, puan ada sesuatu yang puan ingati dan ia akan kekal begitu.

    Setelah saya amati berulangkali, saya rasakan rupa arwah sangat umum pada pandangan mata saya, rupa2nya beliau juga belajar di UIA seperti saya. Ukhwah persaudaraan kita ada cuma tidak dipertemukan, andaikata pertemuan arwah dan saya berlaku, mungkin saya juga menjadi seorang yang paling beruntung sebagai sahabat arwah.

    Apabila kekwa dan embun membesar, saya percaya yakin dan pasti kedua2 puteri puan akan menjadi insan yang sangat hebat dalam ummah kita. ciri kepimpinan dan juga kebaikan arwah mengalir dalam darah dan mereka akan menjadi insan terhebat kemudian nanti. Ajarkanlah mereka ketabahan dan kesabaran yang ada pada nadaa pada mereka, sematkan rasa cinta dan sayang mereka pada arwah, itu juga akan menjadi sumber kekuatan untuk mereka membina kehidupan kemudian nanti.

    Nadaa, setiap apa yang berlaku itu bukan kuasa kita. kebahagiaan sebenar kita juga dinilai dari betapa kita menghargai nikmat Allah semasa kita akan hidup. Perjanjian Allah itu pasti, semua hanya bersifat sementara.

    Saya tidak pernah menulis dimana2 blog dan inilah kali pertama saya menulis begini. Saya sentiasa mendoakan perjalanan hidup nadaa akan sentiasa dipenuhi dengan keberkatan dari embun dan kekwa..

    Saya akan mengikuti perkembangan blog nadaa di masa akan datang. teruskan menulis ya.


    ikhlas,

    ReplyDelete
  14. SALAM perkenalan...hati sy pun sayu & sebak membacanya....semoga mawar dan keluarga tetap tabah & kuat semangat. semoga allah mempermudahkan segala urusanmu....amin

    ReplyDelete
  15. Salam ukhwah mawar..semalam kakak saya datang ziarah n bercerita pasal blog mawar..teruja saya baca nukilan insan setabah mawar..percayalah ada hikmah di sebalik dugaan..setiap manusia ada ujian dan dugaan masing2..cuma drama dan cerita je berbeza.semoga kita menjadi hamba Allah yang menang n semoga mawar,embun,kekwa sentiasa mekar buat arwah nafastari...al-Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  16. salam kak...setiap entry blog akk sy baca.. terharu sgt.. akk tabah.. ketabahan akk mengatasi segala perasaan yg sedang akk hadapi.. embun dan kekwa penguat semangat akk.. rs mcm nk jmp diaorg je..cute sgt.. apapun,kuatkan semangat. semoga Allah mempermudahkan segala urusan akk....Al-Fatihah buat arwah nafastari..

    ReplyDelete
  17. kak mawar tabahkan hati ye .
    eyja tahu akk kuat utk anak2 akak .
    insyaAllah segalanya dipermudahkan .

    ReplyDelete
  18. salam....tabahkan diri wahai adikku...sesungguhnya embun dan kekwa perlukan kamu untuh lebih tabah dan kuat......

    luv to read ur blog...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023