Kak Pae menerima surat daripada seorang rakannya di Sudan.. rakannya memujuk hatinya dengan kata-kata yang membuatkan hati saya tenang dan akal saya berfikir untuk teruskan kehidupan sebagai Askar kepada Jeneral Agung,,
Antara isi suratnya.
kita ini semua umpama askar yang diutuskan menjalankan tugas rasmi. Setiap kita diberi arahan untuk melaksanakan tugas oleh jeneral agung. Apabila selesai tugas kita, sudah tentu kita perlu pulang. Setiap bayi yang lahir menerima watikah melaksanakan tugas sebagai tentera Allah. Di medan dunia inilah kita belajar dan terus belajar, medan ini kita bertempur dgn nafsu, di medan ini kita berusaha membantu orang lain. Dan bayi itu apabila telah selesai tugasnya sama ada ketika kecil atau tua tetap akan pergi untuk diganti tentera yang lain pula.
Begitulah peralihan semenjak zaman Adam. Semua kita datang dengan tugas, untuk mengenali Tuhan dan untuk mencari bekal. Insya Allah, Ali telah pun pulang ke kampung asalnya negeri syurga dan kita semua bakal pulang juga. Bukan kah kita semua merindui kampung halaman kita juga. Allah pasti tidak sia-siakan perasaan rindu kita kepada kekasih dan kepada kampung asal kita, kampung datuk kita Adam. Di sana semua kekasih akan dihimpunkan. Mudah-mudahan kita berkumpul bersama Baginda SAW.
Terima kasih kawan Kak Pae atas ingatan ini..
;)
salam akak
ReplyDeletenasihat pendek dan ringkas..
sangat mudah difahami
sangat dekat pada hati..
semoga akak stay positif, sis :)
thanks mengingatkan... kadang-kadang kita manusia lalai dan terlupa tugas utama kita di dunia ini.... hari jumaat penuh barakah ini, semoga kita dikurniakan semangat baru dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan medan peperangan jiwa dan nafsu...
ReplyDeleteindeed.
ReplyDeleteBerkesan BETUL ayat2 nya...mohon COPY...nak tampal kat DALAM LAB....
ReplyDeleteLIFE IS A GIFT..FREEDOM IS RESPONSIBILITY
ReplyDeleteU ARE GIFTED..BUT, WHAT IS YOUR RESPONSIBILITY?...
THINK ABOUT IT, COS IM BEEN QUESTIONING MYSELF LATELY...LIKE U...PUTUS HARAP DUNIA?..:-)
Sangat berkesan nasihat ini...Teringat si kecilku yang tugasnya hanya 9 bulan di dalam perutku...Mohon share...TQ
ReplyDelete