Alunan yang mendamaikan

bacaan quran itu sungguh sayu, menusuk ke hati ini, terasa tenang yang sukar diceritakan dengan perkataan..

1 Mac 2011, 9 pagi - Shah Alam

Nafastari : Allah, Allah, Allah.....
Mawar: Kenapa sayang?.. ada yang tak kena ke?
Nafastari: bukan, sedap sungguh bacaan quran qari ni...Allah!..
Mawar : (diam)

Kami memulakan perjalanan pulang... dari Shah alam hendak menuju ke Kg. Bari,Setiu

CD Qari Malaysia vs Arab Saudi itu sentiasa dipasang semasa perjalanan pulang itu.. terasa kedamaian yang sukar digambarkan.. ketenangan... dan sesekali Nafastari mengikut sekali alunan bacaan quran itu.. sungguh sedap sekali bacaannya hari itu..  sedangkan selalu2nya aku rasa biasa2 saja.. sampai meremang bulu roma mendengar alunan bacaannya itu..

siapa sangka kan, itulah alunan yang terakhir aku dengar daripada dia..

*lepas ni takde lagi orang yang nak betulkan tajwid bacaan quranku setiap hari.. dulu dia selalu saja betulkan.. tengah2 tido pun boleh terjaga nak betulkan bacaan isterinya.
rindunya saat tu...

Comments

  1. sabar ya ukhti....moga ukhti kuat..Allah syg kn arwah.dan Allah juga sygkn ukhti..sbb 2 ukhti diuji dgn cara ini..ujia ini tnda Allah syg ukhti...wajib kuat yee...

    ReplyDelete
  2. sabar. kenangan itu perlu untuk dikenang. tapi, jgn terlalu bersedih.

    alunkan bacaan quran yang merdu untuk arwah. semoga ia didengari dan menjadi penemannya.

    ReplyDelete
  3. Salam Pn.Mawar...Selamat menyambut bulan ramadhan,bulan yg penuh keberkatan dan bulan kerahmatan.. Buat Pn.mawar,anakda kekwa dan embun yg comel dan tercinta.. dan buat semua ahli keluarga Pn.Mawar juga..Semoga Pn.Mawar dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yg baik buat Pn.Mawar dan anakda2 dan dimurah/dilimpahi rezeki oleh S.W.T....Amin ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  4. Kamu telah berjaya meredupkan awan yg terang.
    -Lutfi

    ReplyDelete
  5. Dear akak..
    perkataan Sabar mungkin sudah menjadi pegangan akak..
    akak, sy kagum dan terus menyokong akak..

    Selamat menyambut Ramadhan..
    bulan mulia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!