Tuesday, July 26, 2011

Raya di kuburan

InshaAllah.. raya nanti saya mahu pulang beraya di kg.bari... kampung suami saya... saya mahu beraya dengannya di kuburannya itu.... sudah lama saya tidak ziarah dia di kuburnya...selepas seminggu dia dikebumikan, saya tidak pernah lagi balik kampungnya...kemungkinan raya ni kami akan balik ikut jalan lain.. dari perak- trg mungkin..

Perjalanan pulang yang dulu itu sangat tragis buat saya..

mungkin senang orang berkata, "kalau tak lawan, sampai bila nak hilang fobia?"
"kan dah selalu naik kereta?"

tak sama!
menaiki kereta dan melalui jalan yang sama kami lalu sewaktu kejadian itu, sangatlah menakutkan saya..

saya bukan takutkan apa2..
bila-bila kalau dah sampai ajal memangla kita pergi juga..

saya cuma fobia dengan tragedi itu..
perjalanan itu jauh..
terlalu banyak untuk dikenang di saat2 akhir kami berempat bersama-sama di dalam kereta itu..

perasaan dia semasa itu sangat gembira sekali..
masih terbayang-bayang... dia sangat sangat gembira..
mahu membuat kejutan pada ibunya..

sedikit lagi kami hampir tiba ..
sedikit saja....

Dalam quran ada menyebut "kun fa ya kun".. Dia kata jadilah, jadilah ia...
Ditakdirkan dia pergi waktu itu, waktu itu jugalah dia pergi
tidak sempat bertemu ibu bapanya..
tidak sempat menjejakkan kaki ke laman rumahnya..

maka, disitulah pengakhiran dia di dunia..
di situlah terputusnya hubungannya dengan dunia kecuali tiga..

  1. sedekah yang mengalir
  2. ilmu yang bermanfaat
  3. doa anak yang soleh/ah


semoga dia baik-baik di sana..
semoga kami disatukan semula di alam yang kekal abadi..

**
Ahmad,


InshaAllah, akan nur didik anak-anak kita menjadi anak yang solehah,,supaya mereka dapat mendoakan kamu sayang... inshaAllah, akan nur teruskan perjuangan menulis bukan kerna nama, atas sifat kasih sayang antara manusia dan atas kasih manusia pada Tuhannya... inshaAllah, akan nur gunakan harta pusaka mu untuk tujuan kebaikan.. inshaAllah... semoga Allah menjaga kamu dengan baik di sana, semoga kami di sini dijaga baik olehNya juga..sampai ketemu kita di syurgaNya.. amin....

24 comments:

  1. sama juGa dGn yusz,kalo ikut Giliran thn ni,Giliran beraya di Kedah..tapi,thn ni tanpa si dia..yusz pun akan beraya di kG arwah..di Kelantan... kami sekeluarGa akan menziarahi pusara si dia.....

    ReplyDelete
  2. salam

    dtg dr blog yg link-kan kisah kemalangan tu...

    lama dah berlalu ya. semoga sentiasa tabah

    ReplyDelete
  3. insyaallah moga rohnya dikalangan orang yang beriman..amin

    ReplyDelete
  4. Aamin..moga Allah makbulkan segala doa dan harapan.

    ReplyDelete
  5. saya cadangkan mawar naik flight saja...walaupun tidak melalui jalan yang trajis itu..jauh perjalanan itu boleh membuatkan mawar tetap memikirkannya..akan mengusik hati juga...klw hendak dikenang pun biar yang membahagiakan saja...cukuplah mawar bersedih

    ReplyDelete
  6. semoga tabah ye kak mawar.. fobia tu mungkin ambil masa sedikit untuk hilang...

    ReplyDelete
  7. Salam akak..
    Xpe la kak.. kalau itu dpt berikan akak kekuatan.. tak payah ambil kisah sgt dengan apa yg org nak kata.. sebab yg menanggungnya adalah akak.. take care sis

    ReplyDelete
  8. salam buat adik nur..
    akak butuh 2hari (smlm+hari ini) untuk habiskan semua n3 dlm blog mawar nih.

    sesungguhnya, hanya insan terpilih mendapat ujian sebegini. dan alhamdulillah, buat masa ini, kamu berjaya mengharungi walau masih rindu masih menebal.

    adik, akak doakan adik kuat bersama anak2 adik yang comel2 belaka ;)

    ReplyDelete
  9. Semua yang hidup pasti akan pergi.
    Saya harap saya setabah Mawar apabila tibanya giliran saya nanti.

    ReplyDelete
  10. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..harap awak tabah. Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  11. semoga mawar terus tabah..insya Allah..mawar akan berjaya 1 hari nanti..mawar adalah ibu, mawar juga adalah bapa..kekuatan mawar adalah kekuatan pada anak2 mawar..dia pergi kepada Allah.Sekurang2nya mawar tidak menderita kehilangan dia di tangan orang lain..itu lebih pedih mawar..semoga mawar terus kuat untuk menempuh hari2 yang mendatang..

    ReplyDelete
  12. Muga mawar terus tabah. berat mata memandanf\g berat lagi bahu yang memikul.
    Saya boleh faham kenapa mawar sukar utk lalu di jalan itu kerana saya jugak hingga kini tak boleh nak lalu dijalan dimana tempat arwah abah saya meninggal akibat kemalangan...walau saya tidak bersama ketika kejadian tapi lalu dijalan itu...terlalu sukar utk saya lakukan...apatah lagi berada ditempat mawar...

    Muga roh insan tersayang ditempatkan disisi orang² yang Allah kasihi....

    ReplyDelete
  13. harap tabah semoga Allah permudahkan hidup akak..

    ReplyDelete
  14. salam.
    1st time dtg sini. semoga sis terus tabah..

    ReplyDelete
  15. Semoga Mawar terus tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan di hari mendatang. =)

    ReplyDelete
  16. salam mawar.. ini baru pertama kali saya menjengah ke blog puan melalui link di blog lunatots (pn suraya).

    sy sgt tersentuh dgn coretan pn mawar dan arwah di blognya. sememangnya pn mawar dan nafastari seorang insan yg sangat istimewa sisiNya atas segala ujian yang melanda.

    tulisan nafastari yg baru dibaca telah memberikan keinsafan pada saya agar menjadi seorang bapa yg lebih baik. terasa diri saya begitu jauh dan kerdil jika dibandingkan dengan kehebatan nafastari.

    sy bersetuju dgn cadangan sahabat yg lain supaya puan mawar naik flight utk pulang beraya di kg terengganu.

    semoga pn mawar akan lebih ceria di hari2 yang mendatang.

    Didalam sebiah hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

    Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?
    Malaikat menjawab:Ya.
    Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?
    Malaikat menjawab:Ya.
    Allah bertanya kali ketiga:Apakah kata hamba-Ku?
    Malaikat menjawab:Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali.
    Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya:Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ˜Rumah Kesyukuran'.

    ReplyDelete
  17. insyaAllah..
    moga perjalanan Mawar dan family selamat pergi dan kembali walau akan beraya di mana sekalipun nanti..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak mawar.

    Takziah untuk akak sekeluarga. Saya singgah di blog akak, lepas baca post di blog lunatots. Saya harap akak tabah menghadapinya.

    Sungguh berat dugaan akak ini. Saya sendiri tak dapat nak bayangkan jika ia terjadi keatas diri saya. Catatan kak mawar dan arwah, banyak menginsafkan saya. Terima kasih kak.

    Teruskan menulis jika ia membantu dan dapat melegakan apa yang terbuku di hati. Kami hanya dapat membaca dan memberi dorongan kepada akak sekeluarga, tapi yang menanggungnya kakak.

    Harap kakak tabah. Salam perkenalan:)

    ReplyDelete
  19. takpe lah nur...ikut jalan mana pun, yang penting nur bahagia & sampai dgn selamat insyallah. org yg tak rasa memang banyak bunyi, so..pedulikanlah. tak penting kata2 org yg mcm tu. semoga nur, mawar n kekwa tenang2 saja ok. doa utk ahmad jua.

    ReplyDelete
  20. Jay yang baik budi, yang terus kekal dlm kenangan.. Kak Wang pun berhajat untuk menziarah kubur arwah di hari raya ni...semoga termakbul harapan akak

    ReplyDelete
  21. nur, sy cdg agr nur naik flight dgn ank2...jln perak- trg rasanya lagi bahaya kalo nk dbndingkan dgn jln kL- trg....

    ReplyDelete
  22. Salam..

    Baru semalam k.lyn tersesat di sini...terkelu lidah untuk berkata2..sepanjang waktu perjalanan balik keje..k.lyn berdiam..

    Selama nie..k.lyn fikir,k.lyn hidup dalam serba kesedihan bila ditakdirkan PJJ(perkahwinan jarak jauh)..

    Tapi..bila membaca tentang cerita mawar...k.lyn semakin faham...semakin rasa rendah diri kerana dugaan kecil pun k.lyn tak tahan..

    Semoga mawar kuat semangat...anak2 mawar beruntung dikurniakan seorang ummie yang sgt kuat...tabahkan hatimu wahai adik..

    ReplyDelete
  23. No one will understand your pain unless they fall into the same hole. Stay strong.

    -Rayyan Haries

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023